Kami adalah makhluk Tuhan yang sederhana tapi punya rasa coklat yang sama...

Thursday, July 10, 2008

Bahaya MMS


MMS merupakan khidmat pesanan multimedia yang semakin digemari pengguna telefon bimbit pada masa kini. Tapi, tahukan anda, seperti juga pengguna komputer, pengguna telefon bimbit turut berisiko dengan ancaman virus dan cecacing'worm'. Virus merupakan sejenis perisian yang diwujudkan dengan oleh individu tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencari kepuasaan diri apabila melihat orang lain ditimpa kesusahan. Ancaman virus pada telefon bimbit mula dikesan pada tahun 2004, berikutan kejayaan Kaspersky Labs mengesan sejenis worm yang dikenali sebagai Cabir yang dipindahkan melalui kemudahan Bluetooth. Telefon bimbit yang mempunyai sistem pengoperasian Symbian dan kemudahan Bluetooth boleh menjadi mangsa serangan Cabir. Apabila dijangkiti cacing ini, ia akan mudah menjangkiti telefon lain disekitarnya. Bagaimana hendak mengetahui sekiranya telefon bimbit anda dijangkiti virus Cabir? Sekiranya bateri telefon bimbit cepat habis, itu merupakan tanda bahawa telefon anda telah dijangkiti Virus Cabir. Isyarat bateri cepat habis kerana usaha virus tersebut untuk menjangkiti telefon bimbit yang lain.
Satu lagi virus yang aktif menyerang ialah virus Commwarrior yang boleh memasuki senarai buku telefon bimbit. Secara automatik, virus itu akan mengirimkan salinan dirinya ke telefon bimbit lain melalui MMS atau perkhidmatan Bluetooth secara aktif tanpa diketahui pemilik telefon bimbit. Virus ini berpotensi tersebar secara global dan dalam jangkaan yang luas meliputi semua nombor yang tersimpan dalam buku telefon bimbit hingga menyebabkan telefon cepat kehabisan bateri dan pemilik dibebani bil yang meningkat tanpa disedari penggunaannya.
Untuk menghalang virus daripada tersebar, ia bergantung kepada pengguna itu sendiri. Pengguna harus sentiasa berwaspada untuk tidak memasang apa jua aplikasi yang tidak dikenalpasti puncanya. Begitu juga dengan MMS yang diterima, elakkan membuka MMS yang diragui kandungannya. Aktifkan sambungan Bluetooth hanya apabila perlu sahaja.
Laman web www.mobilephoneviruses.com berupaya mengesan insiden jangkitan virus telefon bimbit. Untuk mengatasi virus dengan lebih berkesan, pengguna boleh memasang F-secure Mobile AntiVirus yang boleh dimuat turun di http://mobile.f-secure.com.

posted by e_i_n@suk4l4t5

No comments: